06 May 2010

Siapakah sebenarnya Ulil Amri?


“Wahai orang yang beriman taatilah Allah, taatilah rasul dan orang-orang yang memerintahi urusan kamu (ulil amri).(surah an nisa’ ayat 59).

Mesti diantara pembaca, ramai yang dah pernah tengok dan ada yang dah hafal ayat diatas ni , Tetapi sejauh mana kita memahami apakah sebenarnya ulilamri yang dimaksudkan dalam ayat ini?


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT,
Bilamana disebut tentang ulilamri, mesti ada dikalangan kita yang membayangkan wajah-wajah pemimpin kita, tidak kiralah berbeza pandangan politiknya. Malahan ada segelintirnya yang hanya tahu sebut tentang ulil amri tetapi tidak tahu pun apa yang dimaksudkan dengan ulilamri.

Ulamak2 tafsir berpendapat yang dimaksudkan dengan Ulil Amri dalam ayat di atas ialah dua golongan yaitu golongan pemerintah di negara umat Islam dan golongan ulamak.
Setiap pemerintah yang berkuasa didalam negara umat islam adalah dikira sebagai Ulil Amri samada mereka memerintah dengan adil atau pun zalim.Jadi pemerintah di Malaysia juga adalah Ulil amri kerana mereka memerintah pekerjaan rakyat yang terdiri dari orang Islam.Namun apabila pemerintah atau ulil amri itu tidak taat kepada Allah dan Rasul maka tidak ada ketaatan kepada mereka. Jadi maksud ayat tersebut ialah :

"Hendaklah kamu sekelian taat kepada perintah Allah dan taat kepada perintah Rasul dan kepada pemerintah kamu selagi mana mereka (pemerintah) taat kepada Allah dan Rasul. Jika mereka tidak lagi taat kepada Allah dan Rasul maka tidaklah kamu perlu taat kepada mereka."

wallahua'alam..
Alhamdulillah.. Dikurniakan pemimpin bercirikan ulilamri..

0 comments: