28 June 2009


Satu Penerbangan

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
1.penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.
2.bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudianPencipta kita.
3.bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.

4.pewanginya bukan Channel atau Polo,tetapi air mawar dan cendana.

5.pasport kita bukan Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.
6.visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.
7.pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.
8.layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.
9.destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

10.ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.
11.pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland , Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.
12. tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.
13. lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
14.destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

15.Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.

16.Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan. 17.Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya. 18.Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria. 19.Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi. Ya! Berita Baik!!
10.Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! 'sekiranya' anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???




17 June 2009

Oh Rejab...





Hari nie dh pn msuk 23 jamadilakhir 1430 h = 17 jun 2009,.. rasa cam bru ja raya..hehe dah nk puasa plak.. hmm bila tengok, tilik, hitung, kira balik, still banyak yg kurang lagi.. bnyk yg dh berlaku sepanjang tahun nie.. suka, duka, cabaran, kemanisan dll...cm ni la kehidupan dunia...jambatan ke akhirat.. jadi parttimer kt dunia untuk cari bekalan untuk jd fulltimer kt akhirat.. mggu depan dh masuk rejab.. banyak betul kelebihan bulan Allah ni.. td sy tercari & terbaca artikel tentang bulan rejab.. harap dpt bg manfaat kpd sahabat2(cam rame je yang bace..hehe) n t'utamanya diri yg kerdil ni ( t'sedey plak)..

Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud :

"Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan memohon keampunan dari dosa-dosa kamu dan hindarkanlah perbuatan maksiat dalam bulan mulia iaitu bulan Rejab."

Bulan Rejab salah satu bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Pintu rahmat dari Allah terbuka luas bagi hamba-hamba Nya yang menginginkan kesejahteraan jiwa dan ketenangan fikiran. Beristighfar merendahkan diri dengan harapan agar segala dosa, maksiat dan kesalahan akan terampun dan terhapus. Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba Nya yang berdosa.

"Dan mintalah keampunan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Al Muzammil : 20)

Dalam kita memperbanyakkan istighfar di bulan ini, perlu kita ketahui juga sebelum itu hendaklah kita bertaubat terlebih dahulu. Taubat itu ertinya menyesal atas dosa-dosa lalu meninggalkannya. Kemudian berazam untuk tidak mengulanginya serta menggantikan amal jahat dengan amal yang baik.

Dianjurkan juga oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakkan istighfar. Di antara Istighfar Rejab yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ialah :


"Aku bermohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

"Wahai Tuhanku, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak kusembah melainkan hanya Engkau sendiri, telah Engkau jadikan aku dan aku ini hamba-Mu dan aku ini sentiasa di dalam genggaman, kekuasaan dan ketetapan-Mu, tiada ada kesanggupan sedikit juapun padaku, aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan-kejahatan apa yang telah aku lakukan, aku menyedari akan segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada aku dan aku tahu akan dosaku, maka ampunilah apa kiranya akan aku dan dosaku itu, hanya Engkau sahajalah wahai Tuhanku."

Bertaubat bukan hanya untuk orang-orang yang sudah terlajak melakukan dosa. Orang yang hatinya dekat dengan Allah, akan sentiasamerasa bersalah sekalipun tidak buat salah. Sebab itu mereka paling banyak bertaubat kepada Allah. Malah Rasulullah SAW sendiri yang maksum (terhindar dari dosa), bertaubat sekurang-kurangnya 70 kali sehari.

Pengasihnya Allah.

Seorang lelaki yang telah membunuh 100 orang, merasa menyesal dan bertaubat. Dia pun bertanya kepada seorang alim apakah Allah akan menerima taubatnya. Orang alim itu pun menyuruhnya pergi berhijrah ke satu tempat. Malangnya dia meninggal dunia di dalam perjalanannya itu. Malaikat rahmat dan malaikat azab berselisih pendapat tentang lelaki itu. Lalu Allah pun menyuruh kedua-dua malaikat itu mengukur jarak perjalanan lelaki itu dari tempat ia meninggal dunia ke negeri asalnya dengan tempat yang dituju. Setelah diukur ternyata perjalanannya lebih hampir ke tempat yang ditujunya. Maka ia pun dimasukkan kepada golongan orang yang mendapat rahmat Allah dan diampunkan dosanya.

Peristiwa Israk Mikraj.

Setiap kedatangan 27 Rejab, umat Islam bersama memperingati satu peristiwa agung yang berlaku pada malamnya. Peristiwa yang menguji kebenaran Rasulullah SAW dan keimanan umat Islam. Israk Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan kemudian dari situ terus dibawa oleh Malaikat Jibril hingga ke Sidratul Muntaha mengadap ke hadrat Allah SWT. Semuanya berlaku pada satu malam sahaja. Firman Allah:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Al Israa' : 1)

16 June 2009




The Pilgrimage of Life

We come from the four corners of the world
As brothers and sisters, mukminin mukmimat
The time has come to heed a call divine
Labbaikallahumma labbaik

To prepare for the coming of Akhirat
May we threat on the face of this world in barakah
The time has come the journey we must made
Labbaikallahumma labbaik

Here i am in Your service here i am
Here i am in Your service there's no other
You're The One is all praise and all bounty
You're The One and only sovereignty
You're The One and there's no other

The Gathering is upon us
(Labbaikallahumma labbaik)
We pray for His blessing with all of The Might
(Around the Kaabah)
Every race, colour and creed unite
It's a beautiful, most beautiful a sight

Some will return, their hearts and souls reborn
Some will return, their grief replace with joy
Some will return, return to Rahmatullah
The prilgrimage of life will lead you home

Japan Style Blogger Template


Japan Style Blogger Template

Shared via AddThis

29 April 2009

50 TANDA ORANG MUNAFIK


50 TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK
iluvisla
m.com
oleh : Mohamad, D. H. (2008) Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.
editor : n13@m

1. Malas beribadah kepada Allah SWT .
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan solat fardu
4. Mempercepat mengerjakan solat
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah

6. Meninggalkan solat Jumaat

7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf

8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi

9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Riak
11. Hasad dengki

12. Dusta

13. Mungkir janji

14. Bakhil

15. Fitnah

16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya

19. Mengingkari takdir allah

20. Mempersenda kesucian agama

21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT

22. Menghina sahabat Rasullullah SAW
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguh pembayaran hutang

25. Menipu dalam jual beli
26. Ghasab
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34. Bermuka-muka
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. Sombong diantara sesama manusia
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah

38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim

39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman bodoh

48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah

49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT

50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.


06 April 2009

MANA SATU PILIHAN HATI???



Bacalah. mudah-mudahan terbuka hati...
mana satu pilihan hati?? (!_!)

Saya bertanya kepada emak, "mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah membaca hati hambaNya.. "mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.." Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

*Secret Admire*

"Kakak, mak dulu masa besar ada *secret admire*.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran *mak Aji*.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak... Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.*

Adakah ia suatu diskriminasi?*

"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai... Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.." Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri... Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika..

*Bukan luar biasa*

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. "

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

*Redha*

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. " Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat
kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya

05 April 2009


IKHWAN DAN AKHAWAT YANG KUCINTAI...

Jalan dakwah ilallah itu bukan pangkat atau kedudukan,bukan koper kementerian ataupun pegawai pemerintahan, tapi ia adalah jalan-jalan yang penuh dengan makarih (hal2 yg tidak menyenangkan),penuh dengan hentakan yang tiba-tiba , di dalamnya ada taklif (beban kewajiban) yang berat, dan penderitaan yang luar biasa. Oleh sebab itu, seorang da'ie harus mempersiapkan bekalan, kerana safar(perjalanan) ini panjang, jalannya penuh dengan rintangan yang sulit diatasi. Akan tetapi, itulah sebaik-baik jalan yang menghantarkan ke syurga...
Asy-Syahid Muhammad Fathi Farhat